SukeTanah.com

JV Tanah

Adakah anda tahu bahawa anda juga boleh buat projek perumahan jika anda ada tanah tanpa anda perlu jadi pemaju perumahan?

Mari Joint Ventures bersama kami!

1.

Jual Beli Tanah

Sekiranya anda mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dan ingin menjualnya segera, pihak kami sedia menimbangkan untuk membeli tanah anda. SukeTanah akan membuat penilaian dahulu terhadap tanah tersebut sebelum pembelian dan sekiranya harga jualan yang ditawarkan oleh Pemilik Tanah bersesuaian, kami akan membeli tanah tersebut.

Pembelian tanah akan dibuat secara tunai dengan bayaran secara penuh atau bayaran secara ansuran dalam tempoh masa maksimum enam (6) bulan untuk kes-kes tertentu. Kelebihan proses jualan tanah ini adalah pemilik tanah akan mendapat bayaran tunai (cash) paling pantas berbanding kaedah usahasama yang lain.

2.

PECAH LOT TANAH

Untuk JV pecahlot tanah, Pemilik Tanah perlu mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar. Suketanah akan membiayai semua kos yang terlibat untuk memecahlot kepada lot-lot banglo termasuk kos guaman, kos bersih tanah, juruukur dan kos pejabat tanah

Pada akhir proses, pemilik tanah akan menerima geran-geran individu untuk tanah lot yang telah siap dipecahkan dengan nilai tanah yang lebih tinggi. Sebagai balasan, Pemilik Tanah perlu menyerahkan sebahagian daripada lot tanah banglo yang telah siap dipecahlot tanpa perlu mengeluarkan bayaran daripada awal hingga akhir proses.

Pemilik tanah bebas untuk menjual menyimpan atau menjual tanah lot milik tuan tanah setelah menerima geran individu. Suketanah pula tidak terikat untuk membangunkan tanah-tanah lot tersebut atau menjual bagi pihak tuan tanah kecuali terdapat perjanjian khusus dari tuan tanah berkenaan perkara tersebut.

3.

JV PEMBANGUNAN TANAH

Pemilik Tanah menyerahkan kepada pihak Suketanah untuk membangunkan perumahan di atas tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dengan pulangan berbentuk bangunan (rumah) dan/atau bayaran tunai kepada pemilik.

Lokasi dan kesesuaian tanah akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak Suketanah sebelum keputusan pembangunan perumahan diberikan. Kesesuaian tanah akan dinilai atas beberapa faktor seperti jenis tanah, kerja tanah (earthwork) yang terlibat, jenis bangunan yang sesuai, kebolehjualan projek perumahan di kawasan tersebut, fasiliti dan lain-lain.

JV pembangunan adalah termasuk rumah teres, semi-d, banglo dan/atau rumah kedai. Bergantung kepada saiz pembangunan, pembangunan boleh dilakukan secara berfasa bergantung kepada perjanjian di antara pemilik tanah dan Suketanah.

Tempoh masa proses pembangunan perumahan daripada peringkat pecahlot sehingga pembinaan siap mengambil masa antara lima (5) tahun ke enam (6) tahun.

4.

HARTANAH PUSAKA

Suketanah akan buat lawatan ke tapak dan kenal pasti waris waris semati sebelum penilaian harta tanah. Tanah perlu dibuat kajian sempadan tanah, bahagian simati, dan pewaris yang sah. Pihak pentadbir (simati) perlu mengisi borang serah kuasa pada Suketanah untuk selesaikan proses dari awal hingga akhir. Proses ini mengambil masa dalam tempoh satu (1) tahun jika semua maklumat lengkap.

Shopping Basket

Borang JV Jual Beli Tanah

Borang JV Jual Beli Tanah

    Borang Pecah Lot Tanah

    Borang Pecah Lot Tanah

    Borang JV Pembangunan Tanah

    Borang JV Pembangunan Tanah

    Borang Hartanah Pusaka

    Borang Hartanah Pusaka

    Ukuran Keluasan Tanah

    Kalkulator Hektar ke Ekar

    Ukuran Keluasan Tanah

    ha
    ac